Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Melindungi Imam, Bilal dan Siak Negeri Terengganu

By 22 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abidin A. Ghani/Hasrang Mat Zangi (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Merealisasikan pembentangan Bajet 2022 bagi membantu golongan bekerja sendiri di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), Kerajaan Persekutuan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan sesi penerangan kepada Imam dan Bilal di Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang.

Sesi penerangan ini memberi penekanan kepada pekerja Rumah Ibadat Islam khususnya yang berada di Hulu Terengganu akan kebaikan perlindungan yang disediakan jika berlaku kemalangan atau penyakit akibat pekerjaan yang dijalankan.

Skim ini menyediakan faedah tunai kepada mereka yang dilindungi dan tanggungan di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

-ZS-

Tinggalkan komen anda