
Laporan/foto: Abdul Raof Othman/A.Prabagaran Assaithampi (Petaling)
SUNGAI BULOH, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 205 orang peserta menyertai kayuhan basikal Giro Di Tulip@Petaling yang telah dilancarkan di Perkarangan Pejabat Daerah Tanah/Daerah Petaling, di sini semalam.
Pegawai Daerah Petaling, Mohd Jusni Hashim, berkata kayuhan sejauh 45 kilometer bagi edisi kedua tahun ini menampilkan peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Katanya, acara tersebut untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi kerajaan dan swasta di daerah Petaling.
“Kayuhan basikal mampu menarik lebih ramai belia di daerah Petaling atau peserta luar untuk mengikuti aktiviti bersukan,” katanya.
Pada masa yang sama penganjur juga menjemput warga Petaling menyertai kayuhan ini bagi memeriahkan acara tersebut.
-ZS-