
Laporan/foto: Irmadiana (Pahang)
BERA, 13 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 404 Orang Asli di daerah Bera terpilih untuk menerima Lesen Motorsikal Kelas B2 menerusi Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia.
Program itu mensasarkan golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Motorsikal (Kelas B2) yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi atau kesulitan untuk akses kepada kemudahan latihan memandu.
Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bera YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob merasmikan program itu, di sini, hari ini.
-ZS-