
Laporan/foto: Kuan Tat Seng (Timur Laut)
GEORGETOWN, 26 April (Malaysiaaktif) – Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin dirasai di pusat membeli belah Gurney Plaza di sini yang tampil dengan suasana desa bertemakan Sinaran Raya.
Menurut seorang pengunjung Mohd Hamzah Ibrahim Shah, 35, ketika ditemui baru-baru ini berkata hiasan Hari Raya Aidilfitri itu telah membangkitkan suasana Hari Raya sekaligus mengimbas kenangan masa lampau.
“Hiasan ini mengimbas kembali nostalgia zaman dahulu yang mencerminkan warisan kebudayaan dan tradisi di Malaysia.
“Gurney Plaza memeriahkan sambutan Hari Raya tahun ini dengan hiasan keindahan suasana kampung tradisional,” katanya.
-ZS-