Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

5000 Keluarga Malaysia Jelebu Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Undang Luak Jelebu

By 4 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Raya Aidilfitri meriah dengan kelongaran Pematuhan Operasi Standard (SOP) yang di umumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 27 April yang lalu.

Seramai hampir 5000 orang Keluarga Malaysia di sekitar Jelebu hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yang Teramat Mulia Undang Luak Jelebu yang diadakan di Dewan D’SURY Kuala Klawang.

Pada sidang media tersebut, Undang Luak Jelebu berkata, “Alhamdulillah rakyat di Luak Kami gembira menyambut Aidilfitri tahun ini dengan kelonggaran SOP yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia”.Beliau juga menggalakkan orang ramai mematuhi SOP terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Shah Kamaruddin ketika ditemu bual berkata,”saya dan keluarga amat teruja untuk datang ke majlis ini kerana telah dua tahun majlis seperti ini tidak dapat diadakan akibat PKP dan lebih teruja apabila dianjurkan oleh Dato Undang”.

Salah seorang pengunjung yang ditemui Kumar Logayan berkata,”Ini adalah rumah terbuka pertama di Jelebu untuk raya tahun ini dan saya akan menunggu lagi jemputan untuk majlis seperti ini setelah kerajaan memberikan kelonggaran SOP kepada rakyat Malaysia”.

-ZS-

Tinggalkan komen anda