Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

60 Orang Peserta e-Kasih Terima Sumbangan Pendapatan Projek Ternakan 2022 Besut-Setiu

By 22 Mei 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Taufiq Firdaus Md. Nor (Besut)

BESUT, 22 Mei (Malaysiaaktif) – 60 peserta e-Kasih dari Daerah Besut dan Setiu luah rasa syukur kerana telah menerima sumbangan pendapatan projek ternakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu di Dewan Sivik Jabi, di sini baru- baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr. Azman Ibrahim merakamkan tahniah dan syabas kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu di atas projek yang dijalankan dengan dana yang diperuntukkan sedikit sebanyak keuntungannya dapat dirasai oleh semua pihak.

“Antara projek ternakan yang berjaya dibangunkan adalah Projek Ayam Pedaging Reban Tertutup, Projek Lembah Kaprima di lapan buah lokasi seluruh Terengganu di setiap daerah, Projek Ternakan Lembu Pedaging Secara Integrasi iaitu pelihara lembu dalam ladang sawit.

“Kesemua keuntungan projek-projek ini dikembalikan semula kepada rakyat antara salah satunya adalah Program Penyerahan Sumbangan Pendapatan Projek Ternakan yang diadakan ini,” kata Dr Azman.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu Dr. Anun Man berkata program ini telah diadakan setiap tahun.

“Sebelum ini, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu telah melaksanakan pengagihan sumbangan ini pada tahun 2016 sehingga 2018 sebanyak lapan majlis pengagihan kepada 320 orang peserta yang melibatkan peruntukan sebanyak RM160 ribu,” katanya.

Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, Azran Amin Mazlan dan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Zulkepli Amin Mat Jusoh@Yusof.

-ZS-

Tinggalkan komen anda