Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Demam Lemang Landa Labuan

By 2 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Selain makanan tradisi tempatan seperti kelupis dan lamban, lemang juga mendapat tempat di hati warga Labuan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut seorang penjual lemang, Siti Nurtaniasyasya Omar, 28, sambutan penduduk tempatan amat memberangsangkan sejak empat hari berniaga di Jalan Tun Mustapha.

“Setiap hari 100 batang lemang pasti habis diborong dan kami juga menerima tempahan sehingga pagi 1 Syawal,” katanya semasa ditemui petang tadi.

Beliau yang sudah berniaga lemang sejak empat tahun lalu menjual lemang pada harga bermula RM 15 hingga RM 35 sebatang.

Menurut seorang lagi penjual lemang, Zainudin Yusof, 40, sambutan pelanggan pada tahun ini amat luar biasa.

“Kami tidak menang tangan sejak membuka gerai jualan semalam dan kami akan tambah lemang jika permintaan meningkat,” tambahnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda