Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

HAWANA 2022 Platform Hargai Pengamal Media

By 30 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sharifah Ithnin (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 200 orang pengamal media dari seluruh negara dan 15 orang wakil media dari Indonesia diraikan dalam satu majlis makan malam anjuran kerajaan Negeri Melaka bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), di sini kelmarin.

Hari Wartawan Nasional 2022 (HAWANA) yang bertemakan ‘Suara Jelata, Aspirasi Negara’ bertujuan memberi pengiktirafan atas sumbangan petugas media dalam menyalurkan informasi yang tepat dan padat kepada rakyat sehingga ke akar umbi pada setiap masa.

Menurut  Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Muhammad Jailani Khamis, penganjuran HAWANA 2022 diharapkan dapat mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang wajib dilawati dan akan menarik lebih 5.6 juta pelancong.

Program yang dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam ini turut diserikan lagi dengan persembahan daripada artis-artis Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka.

Turut hadir Menteri K-KOMM Tan Sri Annuar Musa, Ketua Setiausaha K-KOMM Datuk Seri Mohammad Mentek, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari dan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum.

-ZS-

Tinggalkan komen anda