Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jalinan Kerjasama Komuniti Keluarga Malaysia Perkukuh Perpaduan Masyarakat

By 22 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Hajar Kamis /Muhammad Luqmanul Hakim Azmi (Seremban)

SEREMBAN, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Rakyat Malaysia mengambil kesempatan dalam perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini untuk bersama-sama memupuk nilai kasih sayang dan perpaduan antara satu sama lain.

Komuniti Keluarga Malaysia(KKM) Taman Paroi Jaya juga tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Aidilfitri bersama-sama penduduk pada kali ini.

Menurut pengerusi KKM Taman Paroi Jaya Mohamad Sidik bin Maamor sambutan hari raya tahun ini meriah setelah dua tahun masyarakat di negara ini tidak dapat meraikan ekoran penularan pandemik COVID-19.

“Alhamdulillah tahun ini apabila negara beralih ke era endemik kita diberi kelonggaran untuk mengadakan majlis dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan ini memberikan ruang untuk kami mengambil kesempatan menjemput rakan-rakan strategik dan penduduk setempat untuk berkumpul dan beramah mesra bagi mengeratkan hubungan silatulrahim,” katanya.

Antara yang turut hadir adalah Pejabat Penerangan Daerah Seremban,Jabatan Perpaduan Negeri Sembilan,COMBI Negeri Sembilan, Persatuan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Paroi Jaya serta penduduk Taman Paroi Jaya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda