Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kolam Mandi di Kaki Gunung Wakid

By 31 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dexter Cysonned Ibrahim (Sabah)

TAMBUNAN, 31 Mei (Malaysiaaktif) – ‘Mix River Pool’ yang terletak di kaki Gunung Wakid Tambunan memberi pengunjung pengalaman kolam renang dengan sumber air segar daripada gunung.

Pengurusnya Evon Osmand, 34, berkata kolam renang itu terletak di tapak permulaan pendakian Gunung Wakid dan mula beroperasi pada pertengahan tahun 2018.

“Kami berhasrat untuk membuat lebih banyak aktiviti seperti luncur keluang serta inap desa untuk menarik lebih ramai pelancong.

“Tempat ini mempunyai banyak potensi untuk dijadikan pusat pelancongan kerana lokasinya yang terletak di kaki Gunung Wakid serta keindahan alam semula jadi,” ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda