Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Langkawi Lokasi Pertama HBP SKMM

By 19 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan kolaborasi pihak penyedia perkhidmatan telah menganjurkan Hari Bersama Pelanggan (HBP) yang pertama di Dewan Auditorium LADA, di sini semalam.

Pengerusi Eksekutif SKMM Dato Dr. Fadhullah Suhaimi Abdul Malek berkata, tujuan program diadakan ialah untuk mendengar keluh kesah dan rintihan pengguna mengenai masalah telekomunikasi yang dihadapi mereka.

“Dalam usaha untuk memastikan kualiti pengalaman pengguna berada di tahap terbaik, pelbagai langkah telah diambil oleh SKMM dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

“Ini termasuklah pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), pewujudan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) serta pengumuman pakej data dan peranti mampu beli iaitu Pakej Peranti Keluarga Malaysia dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia” katanya lagi.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib.

-ZS-

Tinggalkan komen anda