
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/IPD Gombak
GOMBAK, 10 Mei (Malaysiaaktif) – Aksi seorang lelaki mengangkat tayar hadapan (willie) di Jalan Sungai Tua – Ulu Yam membawa padah apabila ditahan polis pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata saspek berjaya dikesan dan ditangkap pada pukul 7.30 malam hari yang sama.
“Saspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Selayang hari ini namun tidak mengaku bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular video berdurasi 30 saat di laman sosial menunjukkan seorang lelaki mempamerkan aksi ‘willie’.
-ZS-