
Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)
KUALA PERLIS, 13 Mei (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengharapkan supaya masjid boleh memainkan peranan sebagai pusat Keluarga Malaysia yang dapat melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu, harmoni, aman dan damai.
Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertempat di Kampung Batu Lima, Kayang, Perlis yang telah disempurnakan oleh Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di sini baru-baru ini.
“Ia selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang telah di perkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismai Sabri pada tahun lepas,” jelas beliau lagi.
Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ini mula di bina pada 8 Mei 2018 dan siap di bina sepenuhnya pada 31 Oktober 2021 dengan kos berjumlah 4.6 juta ringgit.
-ZS-