
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)
LABUAN, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Peniaga Pasar Sentral Labuan berharap pihak kerajaan terus memberi perhatian kepada mereka yang baharu pulih dari kesan pandemik COVID-19.
Seorang peniaga makanan kering, Saipah Dullah, 63, ketika ditemui di sini baru-baru ini berkata para peniaga di situ masih merasai kesan pandemik COVID-19 lalu walaupun aktiviti perniagaan sudah mulai rancak selepas kelonggaran prosedur operasi standard seperti yang diumumkan kerajaan.
Beliau turut menghargai pengecualian pembayaran sewaan Pasar Sentral Labuan yang sedikit sebanyak meringankan beban para peniaga.
Pada Januari lalu Kementerian Wilayah Persekutuan melanjutkan pengecualian pembayaran sewaan Pasar Sentral Labuan selama enam bulan sehingga Jun ini.
-ZS-