Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sukarelawan Cilik Bantu Gotong-Royong Pasca Banjir Kabong

By 19 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)/Media MDKP

KUALA PILAH, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Berbekalkan semangat Keluarga Malaysia, seramai 13 orang murid Sekolah Kebangsaan Inas bersama tiga orang guru pengiring menghulur tangan sebagai sukarelawan dalam gotong-royong pasca banjir membersihkan kawasan Masjid Kabong, semalam.

Menurut Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah Megat Affendi Ismail penyertaan murid-murid itu bertujuan membina rasa kebersamaan dalam membantu mereka yang dilanda musibah serta mendedahkan mereka kepada aktiviti-aktiviti kesukarelawanan bermula dari usia muda lagi.

Turut sama dalam program ini Ahli Dewan Undangan Negeri Johol YB Saiful Yazan Sulaiman, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Dato’ Haji Md.Fiah Md.Jamin, Penghulu Inas Dato’ Mohd Arif Arida, Dato-Dato’ Adat, para petugas dari Majlis Daerah Kuala Pilah, Pejabat Agama Daerah Kuala Pilah, Pejabat Pendidikan Daerah,  Bomba, JUPEM dan penduduk setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda