
Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Tentera Darat Malaysia
PORT DICKSON, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa mengalu-alukan penyertaan anak muda tanpa mengira bangsa, agama, kaum serta latar belakang taraf pendidikan untuk menabur bakti dalam profession ketenteraan.
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zamrose Mohd Zain berkata, TDM membuka peluang pendidikan buat warganya yang layak untuk meningkatkan taraf pendidikan semasa dalam perkhidmatan meskipun syarat minima kelayakan adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Seramai 2,497 Perajurit Muda telah menjalani latihan asas ketenteraan bermula 26 November 2021 hingga 21 Mei 2022 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) dan telah mengadakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 194/21dan Wanita Siri 47/21 di PUSASDA Port Dickson di sini, semalam.
Perbarisan tamat latihan ini adalah sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi”, yang menekankan kepada pembangunan organisasi ini.
-ZS-