
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
GOMBAK, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Pihak polis mengesahkan tiga remaja cedera apabila dua buah motosikal yang dinaiki terlibat kemalangan sesama sendiri di Jalan Persiaran Tan Sri Low Yow Chuan Bandar Tasik Puteri, Rawang Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata kemalangan dipercayai berlaku semasa kedua-dua penunggang dari arah Bandar Tasik Puteri menghala ke Lembah Hijau untuk pulang ke rumah jam 11 malam.
“Apabila sampai di tempat kejadian kedua-dua motosikal yang berada dilorong kiri jalan dipercayai telah bergesel sesama sendiri sebelum terbabas menyebabkan ketiga-tiga remaja tersebut jatuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Zainal, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes di siasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ).
“Pihak IPD Gombak telah mengesan ahli keluarga remaja tersebut dan akan tampil ke IPD Gombak untuk dirakam percakapan setelah ketiga-tiga remaja tersebut pulih dari kecederaan,” jelasnya.
Semalam, tular di media sosial video berdurasi 34 saat memaparkan tiga remaja cedera selepas terlibat dalam kemalangan motosikal.
-ZS-