Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Aminuddin Lancar RENTAS NS

By 2 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid/Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun melancarkan Bas Henti-henti Luar Bandar (RENTAS NS) bertempat di Rembau Waterfront, di sini semalam.

“RENTAS NS bertujuan memperkasakan sistem pengangkutan awam di Negeri Sembilan. Projek ini merupakan satu inisiatif kerajaan Negeri Sembilan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta di bawah inisiatif Bas Luar Bandar yang mula beroperasi pada 16 Mei yang lalu dan telah digunakan sekitar 7,000 orang penumpang,” katanya dalam ucapan perasmian.

Jamaliah Kamarudin, 49, yang merupakan penduduk setempat ketika ditemui berkata dengan kewujudan perkhidmatan bas RENTAS NS ini sedikit sebanyak dapat memudahkan pergerakannya untuk ke Pekan Rembau bagi melaksanakan urusan seharian.

Majlis pelancaran ini juga turut diselangi dengan pelancaran papan iklan LED milik Majlis Daerah Rembau yang disempurnakan oleh Aminuddin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda