Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Cakna Maklumat Sahih Buat Komuniti

By 20 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh/Muhammad Zarul Afify Mohd Zamri (Jasin)

ASAHAN, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Masyarakat perlu kerap didedahkan dengan pelbagai maklumat dan dasar-dasar tentang kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan Fairul Nizam Roslan berkata dengan adanya Program Taklimat Isu- Isu Semasa begini masyarakat khususnya ahli-ahli komuniti, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan.

“Informasi seperti ini akan menjadikan mereka agen perubahan masyarakat dalam menangani dakyah, fitnah, propaganda, jenayah sosial dan salah maklumat yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Masyarakat turut bertanggungjawab membantu kerajaan terutamanya agensi kerajaan dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai terutamanya hal berkaitan isu-isu semasa,” ujarnya di Kolej Komuniti Selandar, di sini kelmarin.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Jasin dengan kerjasama Pejabat AADK Daerah Jasin turut dihadiri lebih 100 orang ahli Komuniti Keluarga Malaysia, KRT dan JPKK dalam DUN Asahan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda