Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

e-Beca Rancak Pelancongan Kuala Terengganu

By 2 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu) Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 2 Jun (Malaysiaaktif) – e-Beca diharap dapat merancakkan pelancongan Kuala Terengganu dan membantu menambah pendapatan pengayuh beca.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Ahmad Amzad Hashim melancarkan elektrik beca (e-Beca) yang menggunakan teknologi tenaga solar di Dataran Shahbandar, di sini pagi tadi.

“Kelestarian projek ini melibatkan tiga elemen utama iaitu ekonomi, sosial dan persekitaran. Pendapatan pengayuh beca akan bertambah baik dengan peningkatan jumlah pelancong.

“Produk inovasi e-Beca dihasilkan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui Pertandingan Inovasi Beca Terengganu 2021 dan UTeM memenangi tempat pertama pada pertandingan itu,” tambah beliau.

e-Beca mempunyai ciri-ciri mesra alam iaitu menggunakan bateri boleh dicas menggunakan kuasa solar selain mempunyai paparan skrin LED bagi penyampaian maklumat dan promosi serta dilengkapi dengan sistem audio yang menarik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda