Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Gotong-royong Gempur Pembiakan Aedes, Cegah Denggi

By 28 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abdul Hadi Abdul Ghani (Semporna)

SEMPORNA, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Gotong-royong gempur pembiakan nyamuk aedes diadakan di Kampung Gading-Gading di sini susulan beberapa kes demam denggi yang dilaporkan.

Salah seorang penduduk, Salleh Ali, 45 berkata kerjasama efektif daripada para penduduk serta agensi kerajaan dan swasta memberi impak terhadap usaha pembersihan berkenaan.

“Kami amat menghargai usaha Jabatan Kesihatan dan Majlis Daerah Semporna yang kerap mengadakan semburan serta ubat khusus bagi membanteras nyamuk aedes di kawasan air bertakung,” katanya ketika ditemui media, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah turut mengedarkan risalah dan menampal poster bahaya denggi di kawasan berkenaan selain rondaan dan pemeriksaan di rumah penduduk.

-ZS-

Tinggalkan komen anda