Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Islam Sentiasa Menyeru Kepada Kebaikan – PM

By 30 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Hazlina Tajuddin (Shah Alam)

BANDAR SUNWAY, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Islam sentiasa menyeru kepada kebaikan, meningkatkan solidariti serta mahabbah selaras konsep tolerasi (Tasamuh).

Beliau berkata, konsep berkenaan menuntut sikap menerima dan damai terhadap sebarang keadaan yang dihadapi.

“Ia sentiasa ditekankan oleh kerajaan supaya menjadi sebahagian daripada amalan kehidupan Keluarga Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

“Konsep Keluarga Malaysia mampu disempurnakan oleh para ulama dan ilmuan Islam dengan memberi pendekatan kesatuan melalui konsep keluarga berlandaskan Islam.

“Kita sentiasa mengalu-alukan pandangan dan nasihat para ilmuan Islam demi kesejahteraan Keluarga Malaysia di dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022, di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Liga Dunia Islam, Sheikh Dr Muhammad Abdul Karim Al-Issa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad.

Persidangan julung kali diadakan ini disertai lebih 1,000 pemimpin serta tokoh agama dari 17 buah negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda