
Laporan/foto: Safwanah Zulkopli (Pulau Pinang)
GEORGETOWN, 24 JUN (Malaysiaaktif) – Kampung Dobi Ghaut adalah sebuah perkampungan yang terletak di antara Jalan York dan Jalan Air Itam yang masih meneruskan perkhidmatan dobi tradisional sejak lebih 100 tahun.
Walaupun perkhidmatan dobi tradisional perlu bersaing terutamanya dengan dobi layan diri namun ianya masih mendapat tempat di hati pelanggan setianya.
Pengusaha dobi tradisional, Raman, 60, berkata kain yang diterima pelanggan akan diasingkan dan dilabel mengikut jenis kain sebelum direndam, di bilas, dicuci dengan tangan dan dijemur di ampaian di bawah cahaya matahari.
“Saya masih menggunakan seterika klasik yang berat untuk menggosok pakaian pelanggan dan berbangga kerana masih mengekalkan tradisi keluarga ini,” ujarnya.
-ZS-