Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Karnival Pendidikan Dan Kerjaya Parlimen Jerai 2022 Menjadi Tarikan Golongan Muda

By 26 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Buat julung kalinya kalinya diadakan Program Karnival Pendidikan dan Kerjaya 2022 di Dewan Serbaguna Guar Chempedak telah berjaya menarik ribuan minat golongan muda yang terdiri daripada anak-anak muda tempatan.

Menurut Ahli Parlimen Jerai Ustaz Sabri Azit sambutan yang diberikan oleh orang ramai sangat memberansangkan.

“Program ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menjadi platform dalam membantu orang ramai untuk mencari peluang kerja dan ia sekali gus membantu meningkatkan sosio ekonomi sara diri,” ujar beliau dalam ucapan perasmian di sini semalam.

Sebanyak 39 agensi kerajaan dan swasta terlibatdalam karnival tersebut.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau Ustaz Azam Samat dan Pengerusi Majlis Daerah Yan Mohd Hafiz Abu Hassan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda