
Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Kinta)/Mohamad Ezwandi Mohamad Radzi (Ipoh)
IPOH, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Lebih 100 penjawat awam di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kinta menghadiri Bengkel Pengurusan Bencana Daerah Kinta, di sini semalam.
Penolong Pengarah Kanan Penyelaras Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Sapian Mamat berkata peranan NADMA adalah di pusat manakala JPBD adalah institusi yang perlu lebih rapat bekerjasama dalam merangka langkah-langkah menghadapi bencana.
āJPBD tidak seharusnya fokus hanya kepada bencana banjir sahaja namun perlu ambil maklum juga bencana lain yang melibatkan industri dan sebagainya.
āPeranan Jabatan Penerangan juga penting dalam memastikan kawalan media dan penyampaian maklumat secara rasmi dapat disalurkan dengan lebih efektif,ā tambahnya.
Sapian juga menyarankan agar agensi-agensi yang terlibat turut mendidik komuniti setempat untuk bersiap siaga dalam menghadapi bencana.
-ZS-