Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

KPW Seri Utama Terus Bangkit

By 25 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlin Basir/Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 25 Jun (Malaysiaaktif) –
Kepelbagaian aktiviti telah ditonjolkan oleh Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) seperti Kesenian Tarian Kuda Kepang, perusahaan makanan seperti kek kukus, mee siput, minuman roselle dan pembuatan kraft menjadi satu tarikan Pertandingan Kumpulan Nita Terbaik Peringkat Kebangsaan, di sini baru-baru ini.

Menurut Pengerusi KPW Seri Utama Kampung Sungai Nibong, Fauziah Nasoha, KPW Seri Utama telah bergerak aktif sejak 2017 sehingga kini.

“Apabila negara beralih kepada fasa endemik KPW Seri Utama kembali bangkit khususnya kaum wanita untuk terus membantu memulihkan ekonomi keluarga dengan mengusahakan perusahaan makanan mahupun pertanian,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Inap Desa Ben Sugeh Kampung Sungai Nibong.

Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat Normala Manap berkata bukan mudah untuk satu-satu pertubuhan untuk terus mengekalkan prestasi.

“Ukhwah dan kesepakatan yang diwujudkan dalam KPW Seri Utama ini akan memberi impak yang baik kepada penduduk setempat,” ujarnya sewaktu menyampaikan ucapan penutupan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda