Skip to main content
HomePutrajaya

‘Micro-Credentials Education Summit (MCES) Malaysia 2022’ Bantu Percepat Inovasi Pentauliahan Mikro

By 3 Jun 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Zaidy Salim/KKMM

PUTRAJAYA, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan memberi sokongan dalam mempercepatkan inovasi, seperti pelaksanaan pentauliahan mikro atau micro-credentials, yang akan memupuk kecekapan dan kemahiran yang lebih baik dalam kandungan dan komunikasi digital.

“Kursus pentauliahan mikro menawarkan peluang bagi pelajar dewasa untuk menghubungkan kursus latihan, menyusun kursus pentauliahan mikro mereka dan memperoleh kredit pemindahan untuk program akademik bertauliah yang ditawarkan oleh universiti,” kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Menerima penghargaan dari Ms. Natalie Sit (GROUP CEO OF ACESTAR)

Menerima penghargaan dari Cik Natalie Sit
(GROUP CEO OF ACESTAR)

“K-KOMM menerusi MCMC dan MDEC akan terus memberikan sokongan bagi program inovasi sebegini yang saya yakin dapat memupuk kecekapan dan kemahiran terutamanya dari aspek kandungan dan komunikasi dalam kalangan seluruh Keluarga Malaysia,” ujarnya lagi.

Tumpuan program ini merangkumi ekosistem digital termasuk analisis data, pusat data, keselamatan siber dan servis awan, infrastruktur sambungan digital dan teknologi masa depan.

MCES 2022 diadakan bersempena finale akhir Kejohanan Adobe Certified Professional (ACP) Malaysia 2022 iaitu pemenang akan ditaja sepenuhnya oleh pihak penganjur untuk mewakili Malaysia bersaing di Kejohanan Dunia ACP di Amerika Syarikat.

Dari kiri Mrs Jullada Meejul, DEPUTY DIRECTOR GENERAL, THAILAND PROFESSIONAL QUALIFICATIONS INSTITUTE (TPQI), Datuk Zahidi Zainul Abidin, DEPUTY MINISTER OF COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA, Ms. Natalie Sit GROUP CEO OF ACESTAR, Ms. Shamini A/P Sachithanandan, HEAD OF MICROCREDENTIALS, Human Resource Development Corporation (HRD Corp), Mr. Gopi Ganesalingam, VICE PRESIDENT MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION (MDEC), Dr. Sommai Pivsa-Art, PRESIDENT RAJAMANGALA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY THANYABURI THAILAND.

Dari kiri, Puan Jullada Meejul, DEPUTY DIRECTOR GENERAL, THAILAND PROFESSIONAL QUALIFICATIONS INSTITUTE (TPQI),
Datuk Zahidi Zainul Abidin, DEPUTY MINISTER OF COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA,
Cik Natalie Sit
GROUP CEO OF ACESTAR,
Cik Shamini A/P Sachithanandan, HEAD OF MICROCREDENTIALS, Human Resource Development Corporation (HRD Corp),
Gopi Ganesalingam, VICE PRESIDENT MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION (MDEC),
Dr. Sommai Pivsa-Art, PRESIDENT RAJAMANGALA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY THANYABURI THAILAND.

-ZS-

Tinggalkan komen anda