
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)
LABUAN, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Restoran nasi daun pisang tempat ‘lepak’ Keluarga Malaysia di Labuan ‘L.A Banana Leaf’ milik Woomarany Murugesu, 69, atau Auntie Banana bakal dirindui kerana akan menutup operasinya hari ini setelah 27 tahun berniaga di pulau ini.
“Sejak kami mula berniaga sambutan orang Labuan sangat baik. Kami mempunyai ramai pelanggan tetap yang makan di sini sejak kecil hinggalah mereka berkeluarga.
“Saya sedih tinggalkan Labuan kerana semua pelanggan daripada pelbagai kaum sudah saya anggap macam anak-anak sendiri. Semua akan jadi kenangan paling manis dalam hidup saya,” luahnya lagi.
Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli salah seorang pelanggan setia turut berkongsi pengalamannya sejak mula menikmati nasi daun pisang di sana.
“Saya suka makan tengah hari di sini sejak saya masih muda bersama kawan-kawan dan saya dapati rasanya tidak berubah, bagi saya ini adalah restoran makanan india asli terbaik yang Labuan pernah ada,” katanya yang menggemari ikan goreng dan kari kambing di restoran itu.
-ZS-