
Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)
KEMAMAN, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Pendaftaran secara automatik ke atas pengundi berusia 18 tahun ke atas menyebabkan golongan pelajar teruja untuk kali pertama keluar mengundi.
Peserta program Taklimat Isu-Isu Semasa Undi 18 Hahatul Wafa Alyaa Fatahal Arifi, 18, teruja dan tidak sabar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi buat kali pertama.
“Saya berharap rakan-rakan yang lain turut bersedia untuk menghadapi pilihanraya akan datang,” katanya.
Taklimat telah diadakan untuk pelajar-peajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai di Dewan Mercu SMC, di sini baru-baru ini oleh Penolong Pegawai Penerangan Negeri Terengganu Hj.Redza Arshad.
Turut hadir Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar En Azri Bin Mat Ripin dan Pegawai Penerangan Daerah Kemaman Mohd Fadli Muhd Yusof.
-ZS-