Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Santuni Kanak-Kanak Dan Komuniti Sub Zon 4 Dekati Masyarakat Setempat dengan Aktiviti Menarik

By 25 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Program Santuni Kanak-Kanak Dan Komuniti Sub Zon 4 mendekati masyarakat di kawasan berhampiran dengan pengisian yang menarik serta berinformasi.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan Liu Kim Pau @ Jessica, pelbagai aktiviti yang bermanfaat dapat diikuti oleh para peserta program.

“Hari ini kita ada kelas kemahiran memasak kek, kelas kemahiran pertanian, pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran dan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan dan sebagainya yang kita sediakan untuk komuniti di sekitar sini.

“Kita harap masyarakat dapat sedikit input menerusi program pada hari ini dan kita juga harapkan dapat menyantuni lebih ramai ahli komuniti di sub zon yang lain di masa hadapan,” katanya semasa merasmikan program itu pada pagi tadi, di Taman Pertanian Kilan, Jabatan Pertanian Labuan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pertanian, Majlis Perwakilan Penduduk serta semua agensi yang terlibat menjayakan program tersebut.

Antara agensi lain yang terlibat adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita, Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Labuan, Lembaga Pembangunan Penduduk & Keluarga (LPPKN), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Penerangan Malaysia dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

-ZS-

Tinggalkan komen anda