Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

SKSS Pelopor BusSTEMCentre@SKSS di Kedah

By 27 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh (SKSS) menjadi pelopor pertama Pembelajaran Sains, Teknologi, ‘Enginering’ (Kejuruteraan) dan Matematik (STEM) di dalam bas di negeri Kedah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu Dato’ Norsabrina Mohd Noor berharap BusSTEMCentre@SKSS bakal menjadi contoh, ikon dan juga pemecah tradisi bagi sekolah-sekolah  rendah berminat dengan pembelajaran STEM.

“Pencapaian bidang STEM di negeri Kedah masih rendah. Saya berharap program ini dapat memupuk minat pelajar terhadap STEM sekaligus melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang tersebut.

“Semoga ianya akan mewujudkan lebih banyak kerjasama antara pihak berkaitan dalam bidang STEM sekaligus dapat menjadi contoh kepada semua sekolah dalam negeri Kedah,” katanya di sini semalam.

Norsabrina yang juga penaung program turut menyerahkan RM15,000 sebagai dana membangunkan pembelajaran STEM di SKSS.

-ZS-

Tinggalkan komen anda