Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Warga Dungun Ambil Kesempatan Sempena Jualan Terus Dari Ladang

By 28 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aneta Ahmad (Dungun)

DUNGUN, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Warga Dungun mengambil kesempatan membeli barang keperluan harian sempena Program Khas Jualan Terus Dari Ladang dan Serahan Bantuan Peralatan Pemasaran di perkarangan Pejabat Daerah Dungun anjuran Lembaga  Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pejabat Daerah Dungun.

Pengarah FAMA Negeri Terengganu Nukman Hashim berkata program ini bertujuan membantu penduduk mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga lebih murah.

“Program ini akan dilaksanakan sebanyak tiga kali sebulan bagi setiap daerah di Terengganu.” Katanya.

Sementara itu Pegawai Daerah Dungun Yusman Ibrahim turut menyampaikan bantuan peralatan sokongan pemasaran kepada 10 orang penerima yang berdaftar dengan Program Ladang Kontrak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) 2.0.

-ZS-

Tinggalkan komen anda