Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

12 Graduan Anak Pahang Terpilih Sertai Pahang Talent

By 7 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Kuantan)

KUANTAN, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 12 graduan terpilih menyertai program Pahang Talent.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, graduan yang terpilih akan menjalani latihan selama 12 bulan bagi menimba ilmu dan pengalaman serta pendedahan industri secara langsung di bawah bimbingan barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Pahang sendiri.

“Saya berharap agar kesemua 12 calon yang telah terpilih ini memanfaatkan peluang dan ruang melalui program ini untuk mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dan seterusnya memberi perkhidmatan terbaik kepada Kerajaan Negeri dan rakyat,” ujar Wan Rosdy di majlis penyampaian surat lantikan Pahang Talent, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda