Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

236 Pengakap Lebah Tampin Terima Lencana Keselamatan Ahli Bomba

By 21 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir/Muhammad Hanif Samad (Tampin)

TAMPIN, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 236 ahli Pengakap Lebah (murid prasekolah) daerah Tampin telah menyertai Kursus Pembangunan Kendiri Pengakap Lebah Daerah Tampin (Lencana Keselamatan Ahli Bomba) di Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, di sini semalam.

Menurut Pesuruhajaya Pengakap Daerah Tampin Tuan Asrol Effindi Md Nor kursus bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan kepada peserta berkaitan keselamatan kendiri di rumah.

“Kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada ahli Pengakap Lebah berkaitan cara menyelamatkan diri dan memadam kebaran kecil di rumah terutamanya melibatkan kebakaran di bahagian dapur.

“Selain itu para peserta turut didedahkan dengan beberapa elemen penting berkaitan bomba seperti jentera, pakaian seragam serta pameran bergerak,” katanya.

Kursus anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Tampin bersama Majlis Pengakap Daerah, Pejabat Penerangan Daerah Tampin serta Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh Dato’ Mohd Isam Hj. Mohd Isa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda