Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

600 Penduduk Miskin Dapat 14 Ekor Lembu Korban Sumbangan Koperasi Masjid Mahmudi

By 11 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

PASIR MAS, 11 Jul, (Malaysiaaktif) – Program Korban Kariah Koperasi Masjid Mahmudi, Mukim Kangkong bersama Ahli jawatankuasa masjid tersebut telah berjaya menumbangkan 14 ekor lembu untuk 600 orang penduduk miskin dari lima buah kampung.

Menurut lmam Masjid Mahmudi, Mukim Kangkong, Pasir Mas, Haji Zulkifli Yahya program korban tahun ini mendapat sambutan baik dari penduduk tempatan setelah dua tahun tidak diadakan akibat pandemik COVID-19.

“Dari 14 ekor lembu yang berjaya dikorbankan, 800 kilogram daging telah diperolehi,” katanya.

“Daging akan diagih kepada orang ramai di lima buah kampung iaitu Kampung Kangkong, Kampung Keranji, Kampung Tengah, Kampung Padang Lalang dan Kampung Buloh Melintang kesemuanya terdiri dari 600 ahli keluarga,” tambahnya lagi.

Terdahulu sebanyak 500 kupon penerimaan daging korban 2022 diagihkan kepada penduduk di kampung berkenaan.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda