Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

AIM Agih Daging Korban untuk Asnaf di Melaka

By 12 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

PERMATANG PASIR, 12 Jul (Malaysiaaktif) – 10 ekor lembu disumbangkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk dikorbankan dan diagihkan kepada golongan yang memerlukan sempena Majlis Korban Perdana Amanah Ikhtiar Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Melaka bertempat di Masjid Al Solihin, Permatang Pasir di sini baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pengerusi AIM Mohd Najib Mohd Noor majlis diadakan sebagai tanda kesyukuran serta menunaikan tuntutan untuk berkongsi rezeki kepada golongan asnaf yang layak menerima.

“Proses sembelihan telah diadakan bermula dari awal pagi serta diakhiri dengan diagihkan kepada beberapa tempat di sekitar Kampung Permatang Pasir yang melibatkan hampir 200 orang penduduk kampung,” tambah beliau.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr) Hj. Mohd Ali Mohd Rustam bersama Mufti Kerajaan Negeri Melaka merangkap Pengerusi Panel Syariah AIM.

-ZS-

Tinggalkan komen anda