
Laporan/foto: Abd Aziz Osman
KEPALA BATAS, 12 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 200 orang penduduk di taman perumahan Bertam Lake View Wawasan di sini bimbang dengan keberadaan anjing liar yang boleh mengancam keselamatan mereka.
Menurut seorang penduduk Aun Peck Lim, 72, yang baru berpindah dari Sungai Petani setahun yang lalu menyatakan beliau mendapat tahu anjing-anjing liar itu mula berkeliaran wujud sejak pembinaan taman perumahan tersebut.
“Ia dibawa oleh pekerja warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan sebagai haiwan peliharaan mereka. Namun apabila projek perumahan ini telah siap, anjing-anjing ini ditinggalkan oleh pekerja-pekerja binaan tersebut tanpa tuan.
“Aduan telah dibuat kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) supaya mengambil tindakan menangkap anjing-anjing liar ini,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
-ZS-