
Laporan/foto: Siti Nor Syahirah Mohd Hashim (Petaling)/Hazlina Tajudin (Shah Alam)
PETALING JAYA, 1 Jul (Malaysiaaktif) – ‘Price Catcher’ merupakan satu aplikasi percuma yang dibangunkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memudahkan pengguna membuat semakan harga barangan keperluan terkini.
Pegawai Pemantau Harga KPDNHEP Negeri Selangor Farhana Ibrahim berkata pengguna juga boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai harga pasaran bagi barangan keperluan harian.
“Aplikasi ini akan menjimatkan masa, kos dan dapat mengenalpasti harga barangan di premis berhampiran dalam lingkungan lima kilometer dengan kawasan pengguna,” katanya.
Menurutnya, aplikasi ‘Price Catcher’ ini adalah mesra pengguna dan mudah dikendalikan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Taklimat Isu Semasa bersama pengerusi-pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia peringkat daerah Petaling, di sini semalam.
-ZS-