Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Bekalan Barang Kawalan Sekitar Bandar Kangar Mencukupi

By 16 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Negara Malaysia Senator Tuan Seruandi Saad telah turun padang untuk mengetahui situasi sebenar bekalan dan pematuhan harga bagi barang kawalan di sekitar bandar ini semalam.

Menurut beliau ketika meninjau di salah sebuah pasar raya sekitar Sena di sini mendapati bekalan barang-barang kawalan seperti telur, tepung gandum, minyak masak didapati mencukupi.

“Peniaga-peniaga juga didapati patuh dengan penetapan harga yang ditentukan oleh pihak kerajaan.

“Kita melihat penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini adalah sebuah jawatankuasa yang berperanan sebagai melindungi rakyat terutama ketika seluruh dunia menghadapi cabaran inflasi,” ujarnya.

Menurut Rahimah Hassan, 54, beliau berharap agar pengguna lebih mengetahui hak-hak mereka dan menggunakan saluran rasmi kerajaan jika membuat aduan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda