Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Bicara Dakwah AADK Marang Dapat Perhatian Peserta

By 27 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Afnan Hakimi (Marang)/ AADK Marang

MARANG, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Marang melalui Unit Rawatan dan Pemulihan menganjurkan Program Bicara Dakwah di Masjid Pengkalan Berangan Berangan, di sini baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai AADK Marang Roslina Awang seramai 85 Orang Kena Pengawasan (OKP) bagi Mukim Binjai Rendah dan Jerung hadir ke program tersebut yang menampilkan bekas Mufti Negeri Terengganu Dato’ Dr Hj. Zulkifly Muda sebagai penceramah.

”Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan peserta memberi sepenuh perhatian sepanjang program berlangsung,” katanya.

Turut hadir Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Cawangan Terengganu Nasrul Hadi Saiadin dan wakil dari AADK Terengganu Khairuddin Mohd Said.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda