
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Kejohanan Bola Kid 2022 anjuran ABATA Sukan dan Rekreasi dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah disertai sebanyak 56 pasukan bola sepak yang terdiri pelajar-pelajar sekolah di negeri Perlis.
Menurut Penaung ABATA Sukan dan Rekreasi, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya program tersebut bertujuan mencungkil bakat baharu dan sebagai satu medium bagi melahirkan pelapis bola sepak yang berbakat di negeri Perlis.
“Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu pasukan di bawah umur 9 dan di bawah 11 tahun.
“Alhamdulliah ibu bapa peserta memberi sokongan sepenuhnya dalam menjayakan kejohanan ini,” ujar beliau ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan itu, di sini baru-baru ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut hadir mencemar duli pada majlis perasmian dan penyampaian kejohanan tersebut.
-ZS-