Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Cambah Minda Undi 18 Tarik Minat Pelajar

By 22 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad/Hazlina Tajuddin (Shah Alam)

SHAH ALAM, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Program Cambah Minda ‘Undi 18′ diadakan secara santai dengan kehadiran tetamu jemputan yang berinteraksi secara langsung bersama 10 orang pelajar Kolej Tingkatan Enam Shah Alam bertempat di La Olla Café SACC Mall, di sini semalam.

Pensyarah Sosiologi Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Sivamurugan Pandan berkata umur 18 tahun dianggap matang kerana sudah boleh bekerja, menyertai pasukan polis serta tentera dan juga layak berkahwin.

“Pelajar harus didedahkan seawal umur 13 tahun dengan simulasi pilihan raya bagaimana sesebuah proses pengundian dijalankan agar pelajar dapat meningkatkan kefahaman bagaimana proses demokrasi dan pembentukan sesebuah negara.

“Di samping itu pelajar juga harus diberi kefahaman supaya tidak emosi dalam memilih calon. Sebaiknya haruslah rasional dalam memilih sesebuah kerajaan,” katanya.

Menurut pelajar tingkatan enam Mohamad Norzusaifullah Noor Azmi, 19, berkata yang diadakan secara santai itu membolehkan dia dan rakan-rakannya bertanya pelbagai soalan mengenai undi 18.

“Melalui program hari ini saya dapat betul-betul memahami berkenaan Undi 18 hasil daripada penjelasan panel dan saya akan sampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan saya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda