Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

DBKL Juara ‘Frontliners Street Soccer’

By 17 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahrul Ammar Jauhari/Normaisarah Abd Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menepati ramalan setelah menjadi juara Pertandingan ‘Frontliners Street Soccer’ di program ‘Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) x Frontliners’  dengan menewaskan Jabatan Kesihatan dengan kemenangan lima gol berbalas kosong.

Pertandingan yang berlangsung di hadapan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, di sini hari ini bermula jam 7:30 pagi memperlihatkan DBKL berjaya menundukkan lawan dengan mudah.

Program anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini diadakan bagi menghargai petugas-petugas barisan hadapan yang terlibat dalam pengurusan pandemik COVID-19 di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda