Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Duta Prihatin Masyarakat dan Duta Kenali Ubat Anda Menyantuni Warga Emas di Kg Bukit

By 1 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus/Azrul Anuar Kamaruzzaman (Kuala Pilah) 

KUALA PILAH, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Warga emas di Kampung Bukit antara yang disantuni oleh Pegawai Farmasi Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) atau dikenali sebagai Duta Prihatin Masyarakat semasa Program Kenali Ubat Anda, di sini semalam.

Menurut Duta Kenali Ubat Anda HTAN Mahadi Abdul Razak, tugas duta ubat adalah sebagai orang tengah antara pesakit dan pihak hospital. Ia bagi mengurangkan jurang antara pesakit dan pegawai farmasi dalam menyampaikan maklumat mengenai cara penggunaan ubat secara sistematik.

‘’Pihak kami selalu turun padang bersama pegawai farmasi  HTAN untuk memberi khidmat nasihat, memeriksa serta mengajar mereka cara pengambilan ubat dengan betul. Khidmat nasihat tersebut bukan terhad kepada ubat yang dibekalkan oleh farmasi sahaja malah ubat sampingan lain yang diambil oleh pesakit.

“Dengan cara melawat dari rumah ke rumah ini ia dapat menggalakkan pesakit mengambil ubat secara bijak, selamat dan efektif. Pesakit juga boleh terus bertanya kepada pegawai yang bertauliah tanpa rasa segan atau malu,’’ ujarnya ketika ditemui.

-ZS-

Tinggalkan komen anda