Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Family Night Fun Walk 2022 Rai Warga Pontian

By 16 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Krisha Selladurai/Surina Simat

PONTIAN, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Ulang tahun pertama Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) amat dinantikan oleh penduduk Pontian secara khususnya memandangkan ketika pewartaannya, negara masih lagi dibawah Perintah Kawalan Pergerakkan akibat COVID-19.

Bertempat di Dataran Futsal Pontian, di sini baru-baru ini MPPn Family Night Fun Walk telah diadakan sebagai meraikan keluarga besar Pontian.

Majlis yang dirasmikan oleh Yang Dipertua MPPn Ezzudin Sanusi telah menerima lebih 500 pendaftaran peserta yang hadir bagi memeriahkan acara yang julung kali diadakan ini.

Salah seorang peserta Mohamad Nor Idham Abdurrahman, 31, turut hadir bersama keluarga berasa sangat teruja kerana dapat bersama menjayakan program kali ini.

“Saya berasa sangat teruja setelah mengetahui tentang program ini dan berharap  dijadikan acara tahunan di Pontian.

“Aktiviti boleh memberi peluang kepada peniaga- peniaga kecil untuk menjana pendapatan,” ujar beliau setelah selesai berjalan sejauh dua kilometer.

-ZS-

Tinggalkan komen anda