
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Hasil tinjauan bersama Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis Nooraihan Mohd Sidek di sekitar Pasar Besar Sena dan UTC Kangar mendapati pembekalan barangan kawalan seperti minyak masak polibeg, telur dan ayam di dapati mencukupi.
“Tiada masalah bekalan barang makanan dan harga dijual adalah mematuhi harga yang disyor dan dibenarkan oleh kerajaan.
“Pengguna perlu berani membuat laporan supaya siasatan segera dilakukan dan tidak hanya menularkan isu-isu tertentu di saluran yang tepat,” katanya ketika tinjauan di Pasar Besar Sena, di sini baru-baru ini.
Tinjauan di kedai runcit sekitar UTC itu mendapati minyak masak botol 5 kilogram dijual pada harga yang lebih rendah iaitu RM39.90 berbanding sebelum ini yang mencecah sehingga RM50.00.
-ZS-