Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Harga Siling Barang Kawalan Dapat Lindungi Pengguna

By 16 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufian Kamarudin/Wan Muhammad Zikri Wan Khamis

PADANG BESAR, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Masyarakat di sini menyambut baik usaha kerajaan menetapkan harga siling bagi barangan kawalan seperti ayam, telur, tepung gandum yang berkuatkuasa 1 Julai yang lalu.

Menurut seorang nazir masjid Ridzuan Abu Hassan, 54, beliau amat bersetuju dengan penetapan harga siling barangan keperluan tersebut seperti bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga sehingga membebankan pengguna.

“Saya juga amat berharap pihak berkuasa dapat membuat pemantauan secara berterusan bagi mengelakkan peniaga-peniaga tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya di sini semalam.

Seorang peniaga lain yang ditemu bual, Murali Tharan a/l Marathamuthu, 56, berharap pihak berkuasa dapat memantau kedai-kedai makan yang mengambil kesempatan menaikkan harga makanan ekoran kenaikan harga barangan asas.

“Dulu roti canai harga RM1.00 bersaiz besar tapi sekarang bersaiz lebih kecil dengan harga yang sama atas penjimatan bahan membuat roti canai,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda