
Laporan/foto: Muhamad Firdaus Hassan/Jamil Mansor (Pahang)
LIPIS, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 51 peserta telah mengikuti program Info On Wheels (IOW) Rentas Negeri menaiki koc baharu tren KTMB dari Bahau, Negeri Sembilan ke Kuala Lipis, Pahang, semalam.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Jempol turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Belia dan Sukan serta wakil Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Daerah Jempol.
Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang Haji Sabarudin Yeop Hamza IOW rentas negeri yang dilaksanakan dengan wajah baru ini merupakan satu idea yang menarik dan sekaligus mengeratkan hubungan antara agensi dan KKM dengan Jabatan Penerangan kedua-dua negeri.
“Penyampaian maklumat juga dapat disebarluaskan lagi dengan kerjasama pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Para peserta telah dibawa melawat ke tempat-tempat menarik seperti bekas Masjid Negeri Pahang, Jalan Tan Sri Abdul Razak, Batu Kosong, Desa Mall dan mural gergasi kereta api.
Turut serta bersama rombongan ini Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan Haji Shahnon Mohamad.
-ZS-