
Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)
SEREMBAN, 22 Julai (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mengharapkan supaya masjid boleh memainkan peranan sebagai pusat perpaduan ummah yang dapat melahirkan rakyat Malaysia bersatu padu, harmoni, aman dan damai.
Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penarafan Status Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat sebagai Masjid Daerah Seremban, di sini semalam.
“Masjid tersebut dipilih kerana mempunyai kemudahan dan fasiliti lengkap untuk masyarakat setempat melakukan aktiviti pengimarahan.
“Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini adalah kawasan letak kenderaan yang luas, dewan serbaguna terbuka, bilik kuliah, Sekolah Agama Rakyat serta lot kedai. Justeru masjid ini sangat sesuai dinaiktarafkan sebagai Masjid Daerah Seremban.
“Masjid ini dikelilingi oleh 42 buah taman serta kampung serta 22 surau dalam kawasan kariahnya. Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan mushaf Al-Quran kepada surau-surau di sekitar DUN Sikamat,” katanya.
-ZS-