
Laporan/foto: Mohd Shahrizan Shahabudin
NIBONG TEBAL, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Jeti Bob yang terletak di tebing Sungai Kerian sentiasa menjadi tumpuan Keluarga Malaysia terutamanya para pemancing udang galah.
Walaupun lokasinya agak tersorok dari pandangan namun ia tidak menghalang para pemancing untuk ke jeti tersebut yang boleh diakses melalui Jalan Medan Pekaka.
Jeti tersebut diusahakan sepenuhnya oleh Mohd Ismal Wahab, 25, atau lebih dikenali sebagai Bang Chik dan dibantu oleh lima orang rakan beliau.
Menurut Bang Chik beliau telah membina jeti serta menjalankan perniagaan menyewakan 15 buah bot untuk kegunaan pemancing.
“Pemancing boleh memilih untuk memandu sendiri atau menggunakan pemandu bot yang disediakan dengan kadar sewaan di antara RM70 hingga RM200 bergantung kepada saiz bot,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
-ZS-